Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Sunday, 8 April 2012

Assalamualaikum =)
tahu tak kau orang?
Kesedihan dan tangisan umpama isi dan kuku yang sememangnya secara fitrah apabila kita bersedih kita pasti akan menangis. Tapi tahukah kita bahawa tangisan ini juga mempunyai kekuatan dan pengertiannya yang tersendiri asalkan saja tidak berlebihan sehingga boleh mendatangkan kemurungan.
                                                     
 
          Cuba kita selami memo ini khususnya Buat Mata Yang Sedang Menangis...

Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka.
Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
ialah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun
di tubuhnu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya
kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh !
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu
kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya,
"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan
mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Isra' 17 :109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka
mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (Surah Maryam 19 :58)

Duhai mata yang sedang menangis...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi
terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya.
Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.
Air mata secara semula jadi boleh membuangnya.
Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata.
Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai
latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada.
Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan
mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sunggup penciptaan air mata !

Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki
atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan
menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa.
Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin
sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam
mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri
dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat
menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu
kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan
tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan
menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau, penyayangNya Allah s.w.t. padamu hingga Dia
menciptakan kalenar-kalenar air matamu lebih besar daripada
kalenar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah
menunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panang usiamu berbanding lelaki. Masakan
tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.
Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata
daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan
emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...
Sungguh  bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar,
tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan
biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah
ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal
dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah
pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana
takut kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)

Penulis bagi memo ini FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

P/s : Hati yang mudah menangis merupakan hati2 yang lembut dan sarat dengan kasih sayang...

-thkz pd MOHD NASHRUL HAFIZ coz bg this thing-


Oraite, See U all at The Next Entry!

19:15

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three