Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Friday, 20 April 2012

Assalamualaikum =)
saja nak kongsi dengan kau orang semua 

Rahsia Disebalik Senyuman
“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, 
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…
Senyuman itu tidak menyakitkan tapi 
menjadi penawar hati yang sakit..”
OLEH : ALIZA BT SHAMSULDIN

Rahsia disebalik senyuman..

Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? 
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang 
di sekeliling  akan mengganggap anda seorang yang "superperson". 

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria 
dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka
yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun 
payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. 
Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan  ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri 
dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

15 fakta menarik tentang SENYUM

1. Para saintis mendapati senyum dan  ketawa merupakan satu senaman 
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan 
mampu memberi manfaat berguna  kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman 
bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak 
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan 
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan 
aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang 
mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain 
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 
43 ketika mengerutkan dahi. 

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai 
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang 
mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa 
lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam 
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini 
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan 
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah 
daripada paras sebelum kita ketawa.

6. kita juga perlu sedar bahawa kanakkanak lebih banyak ketawa dari orang 
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 
kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. 
Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta 
mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan 
California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress 
yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. 
Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. 
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan 
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas 
kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati 
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan 
bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), 
sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi 
melawan penyakit)

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan 
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. 
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan 
atau keresahan mempunyai kaitan dengansakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak 
langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. 
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan 
mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding 
orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, 
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' 
organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak 
dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan 
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali 
gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. 
Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti 
kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan 
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang 
kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan 
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin 
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan 
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA 
ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan sekalian, 
jangan lupa untuk senyum.... Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia 
akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....


Pepatah english ada bagitahu…
Smile will certainly make others happy.
Smile will make your face turn brighter.
Smile will make your soul cleaner.
And smile will make you lovelier by end of the day


Oraite, See U all at The Next Entry!
22:03

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three