Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Friday, 29 June 2012

Assalamualaikum =)

Shisha atau dalam bahasa lain iaitu Hookah ini menjadi trend kepada masyarakat di Malaysia sekarang. Kewujudan shisha di Malaysia berpunca dari orang arab yang datang ke Malaysia ini. Shisha memang terkenal dengan orang arab. Mereka guna shisha selepas makan dan ia dianggap sebagai pencuci mulut.


Ada juga yang mahu tambahan ‘mint’ dalam shisha mereka ini. Cara pemprosesan shisha ini amat mudah dan bahan utamanya adalah arang untuk mendapatkan asapnya. Bukan arang yang hendak bakar satay ok. Ia arang khas untuk shisha. Bahan kedua utama adalah tembakau yang berperisa. Tembakau ini telah diperam lama bersama buah-buahan untuk mendapatkan bau dan rasanya. Tidak kiralah apa perisa yang dimahukan dan bergantung pada permintaan. Harga sekali penggunaan adalah lingkungan RM10-RM20.



Tahukah anda keburukkan menghisap shisha ini? Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.



Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. Nampakkan keburukkan shisha ini. sumber facebook


FAKTA : MENGHISAP SHISHA 70 KALI GANDA BAHAYA DARIPADA MENGHISAP ROKOK!
_____________________________________________________________________________________________



JADILAH HAMBA ALLAH YANG BAIK

Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati kiranya ada orang memujinya seperti, “Awak 


ni….baiklah……” dan sebagainya. Tetapi, bagimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang 

hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah musuhnya.

Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah dan leka dengan pujian dan sanjungan sedangkan itu 


semua merupakan satu jalan yang memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt. Wal’iyazubillah.

Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah lebih baik dan lebih mulia 


daripada orang lain. Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini menilik kelemahan orang lain, selalu 

menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa 

dannoda. Alangkah tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa-rupanya sifat 

sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu 

ammarahnya.

Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang telah dilakukan sekian lama 



seperti sembahyang, puasa, sedekah, menutup aurat dan sebagainya

ialah dengan memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya

seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan maksiat, 



sering merasakan ia melakukan kesilapan dan kesalahan samada 


sesama makhluk mahupun dengan Allah.

Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri (muhasabah diri), 

itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, 

yang kasihkan Rasulullah, yang rindukan syurga Allah dan yang gerunkan neraka Allah swt
.
Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang yang mengaku dirinya sudah baik 



tetapi jadilah orang yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang mungkin, 


selalulah merasakan diri tidak baik lagi dan paling tidak sempurna amal 

dan tingkahlaku jika dibandingkan dengan orang lain

Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah swt dari satu waktu ke satu waktu, 



mengamati diri adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan penting sekali. 

Kita sepatutnya seringkali mengukur sejauh mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah

dan dosa apakah yang kerapkali kita lakukan terhadap-Nya. 



Bagi hamba Allah yang benar-benar waras fikirannya ia jarang sekali menyalahkan orang lain

sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar-benar bersalah ia akan bertaubat dan 

membuat perubahan diri, sekiranya ia tidak bersalah ia berlapang dada dan

berkata kepada hati kecilnya, “Tak apalah…. ini ujian untukku dan mungkin ini 



suatu penghapusan dosa buatku.”

Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, 



ia tidak mahu mengakui bahawa dirinya bersalah dan ia tetap mempertahankan bahawa 

dirinya tidak pernah menyakiti hati orang lain.

Ingatlah, hati yang tidak baik akan melahirkan kelakuan yang buruk, 



ianya akan menjadi racun dalam hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat
.
Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, “Dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa


yang tahu


Yakinlah bagaimana pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, 



lambat laun Allah akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.


Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan yang suci hatinya selagi ia

:
. Tidak mentaati titah perintah Allah.

. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah.

. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.

. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. 



Baik dari segi amal dan kelakuan, baik hati dan halus tuturkata sesama insan. 


Hendaklah berusaha sedaya upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri

seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. 

Beramallah semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong
.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kasih Allah Kasih Sejati Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Oraite, See U all at The Next Entry!


13:22

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three