Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Tuesday, 18 June 2013

Assalamualaikum =)

Hidup ni umpama roda yang sentiasa berputar tanpa henti. Kadang kala kita berada di atas dan kadang kala kita berada di bawah. Bukan manusia jika tidak pernah melakukan kesilapan. Sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak. Kesilapan lalu dijadikan sebagai sebuah pengajaran untuk kita bangkit dan maju ke hadapan agar kita tidak mengulangi nya semula. Setiap manusia berhak mendapat peluang kedua iaitu peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu. Andai mereka boleh menerima kekurangan kita, memaafkan segala kesilapan kita, mengapa tidak kita? Renung-renungkan~~

Kawan? Usah lah kita memandang rendah terhadap erti persahabatan kerana dalam hidup ini tidak ada seorang pun yang mampu melangkah ke hadapan seorang diri tanpa seorang sahabat. Namun, tidak semua kawan boleh dijadikan kawan. Kenapa? Sebab kawan ini ada pelbagai jenis. Ada yang sanggup mengkhianati kawan sendiri dan boleh diibaratkan binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya. Ada juga kawan yang boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi kawan yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.

Kawan ketawa memang senang kita jumpa. Kawan ketawa ini bagaikan air di daun keladi, walau tercurah tak berkesan. Tetapi kawan atau Sahabat yang sentiasa ada di kala senang atau susah, sedih atau gembira bagaikan air lalu, walau dicincang ia tak mungkin akan putus. Tetapi sukar untuk dicari. Jadi, jika takut tersilap memilih kawan, bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu.

'Musuhmu adalah sahabat yang paling akrab'

Tak percaya? Pernah dengar kata-kata ini? 'Jangan lah kamu terlalu membenci seseorang kerana kelak orang yang kamu benci adalah orang yang paling kamu sayang dan jangan lah kamu terlalu menyayangi seseorang kerana kelak orang yang kamu paling sayang adalah orang yang kamu paling benci' Lebih kurang macam tu lah. Pernah kan? Dan ia ternyata betul. Dulu aku pernah bermusuh dengan seseorang tetapi sekarang dia lah orang yang paling aku sayang dan yang sentiasa berada disisi aku tika susah dan senang. Aku juga pernah menyayangi seseorang tetapi sekarang dia lah orang yang paling mengecewakan. Aku mungkin jenis yang keras kepala dan ego tinggi, tetapi jika aku tidak ingin membenci, aku tak akan membenci walau hati telah banyak disakiti, dilukai sebab aku sayang kawan-kawan aku dan aku akan cuba untuk memaafkan segala kesilapan mereka =')

Macam mana nak tahu dia layak menjadi sahabat atau tidak? Ala senang je. Kalau kita dalam kesusahan, ada seseorang yang sentiasa di sisi kita memberi kita semangat, memberi bantuan semampunya, tidak pernah letih mendengar segala cerita kita, bersyukur dengan kelebihan yang ada pada kita dan terima segala kekurangan kita. Itu baru layak dijadikan sahabat!

Persahabatan terlalu sukar untuk dijalinkan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata. 'Bertemanlah kamu dengan orang yang suka membela kebenaran kerana dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai dikala kamu susah'

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hati kita dan akan menyanyikan kembali tatkala kita lupa akan bait-baitnya. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesal lah jika orang itu menyesal bertemu kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang sahabat jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi, manusia akan kelihatan buruk dan membosankan jika kamu tidak dapat melihat kedua-duanya sekali.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Oraite See U at The Next Entry
17:37

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three