Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Friday, 29 November 2013

Assalamualaikum =)

'Pastikan diri kau tu perfect dulu baru boleh tegur orang!'

This statements is like so whatever
Sorry to say ok, dalam dunia ni nobody's perfect 
Everyone makes mistake
Kita ni hanya manusia yang lemah yang sering melakukan kesilapan
Tiada seorang manusia pun yang tak pernah tak buat salah sebab itu lah kita kena belajar daripada kesilapan lalu
Matangkan diri supaya tak ulangi kesilapan tu lagi

Kenapa kena perfect dulu baru boleh tegur orang? 
Bukan ke kita sebagai umat islam WAJIB menegur saudara seislam kita jika mereka melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau pun tidak?

Kalau nak tunggu perfect dulu baru boleh tegur kesilapan orang, lebih ramai lah orang yang melakukan kesilapan tanpa sebarang teguran dan lebih sedikit lah orang yang menegurnya sama macam berdakwah juga. Kalau nak kena tunggu perfect dulu baru boleh berdakwah, lebih sedikit lah orang yang menyampaikan dakwah dan semakin ramai la yang terjerumus ke jalan yang salah.

Kita sememangnya layak ditegur!

Yang ditegur tu jangan lah melawan.
Kita memang patut ditegur andai kita melakukan kesilapan
Tanpa mereka yang menegur, kita akan sentiasa melakukan kesilapan sepanjang hidup kita

Yang menegur tu pula tegur biar lah dengan cara yang baik dan betul bukan dengan cara memaki hamun sesuka hati dan sebagainya yang mampu mencetuskan pergaduhan

Andai teguran itu tidak berkesan, berdoa lah agar si dia diberi keampunan serta hidayah agar dia kembali ke pangkal jalan

Dalam pada masa yang sama kita menasihati diri kita sendiri juga supaya tak buat perkara yang sama

Kita sebagai umat Islam kena lah tunjuk contoh yang baik lebih-lebih lagi pada orang yang bukan Islam

Kadang-kadang terasa malu dan sedih bila tengok orang bukan islam dan orang islam pada masa yang sama dimana pemakaian orang bukan Islam lebih sopan berbanding orang Islam
Memang tak semua tapi kebanyakkannya
Ada orang bukan Islam yang gemar berpakaian sopan seperti berbaju kurung dan sebagainya

Lebih baik sesama Islam yang menegur daripada orang bukan Islam yang menegur kesilapan kita kan?

Tak malu kah anda? Sama-sama lah kita muhasabah diri, berubah menjadi yang lebih baik, perbaiki kesilapan lalu sementara masih ada waktu

Kepada perempuan/wanita pula

 Kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita? Asyik-asyik nasihat untuk wanita.
Jawapannya: kerana hadis sahih menyatakan bahawa wanita adalah golongan minoriti di syurga dan majoriti di neraka. 
Oleh kerana sayangkan mereka, sebab itulah nasihat untuk golongan wanita melebihi nasihat untuk golongan lelaki dengan harapan moga-moga nama mereka tersenarai sama dengan golongan minoriti di syurga itu.
Kita sebagai wanita jangan cepat kecil hati apabila mendapat teguran kerana kita sememangnya layak ditegur.

Allahumma Soli'ala Sayyidina Muhammad =)  


Renung-renungkan lah =)

#Aku bukanlah nak tunjuk bagus atau alim atau berlagak baik. It is not me. And I know that i'm not perfect. Tak salah kan kalau kita saling menasihati dan mengingati sesama saudara seislam kita. Kita memang WAJIB menegur saudara seislam kita andai mereka melakukan kesilapan

Oraite See U at The Next Entry
14:54

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three