Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Saturday, 14 December 2013

Assalamualaikum =)

Holla holla =D
How are you guys? Amacam? Ada sihatkah?
Me? Alhamdulillah sihat =)

Amacam cuti? Ada best kah? Hahaha ada yang dah kerja, ada yang masih mencari kerja, ada yang tengah ambil lesen memandu (macam aku) dan ada yang goyang kaki dekat rumah kan? Hahaha

Yang mana dah kerja tu, dapat gaji, tak reti-reti nak belanja aku ke? Hahaha (kidding)

11.12.2013 tarikh terakhir yang cantik tersusun (maybe?)

Talking about the beautiful date, ramai juga yang hang pada tarikh tersebut kan? Mana tak nya. Tarikh cantik. Ada yang hang dengan member (macam aku) dan ramai yang hang dengan pasangan masing-masing. Hopefully tarikh tu tarikh yang bermakna untuk kau orang semua ye ;) 

Alhamdulillah pada tarikh tersebut dapat juga aku lepaskan rindu dekat adik-adik angkat aku yang dah lama tak meet =*


Anis, Dynie Dalila, Laila Asyiela, Nadiah =)

Great time with them and also my friends terutama sekali dapat meet lagi dengan Safirah. Dia balik seminggu sebab mak dia ada kursus. Then, dapat juga meet dengan member-member melaka yang dah lama tak meet. 

Pada mulanya rancang nak gerak awal dalam pukul 10.30 or 11 but ayah aku pergi Klinik pula. 2 jam kot tunggu dekat rumah. Bosan. Aku, adik angkat aku (Aminuddin) and Amira tengok movie dekat rumah aku. Rock oo. Boleh tahan juga cerita dia. Ketawa je kita orang. Then dalam pukul 12 ayah aku balik, makan and dalam 12.30 (maybe) baru gerak ke Melaka. Sorry guys (Safirah and Farhana) because aku tipu kau orang hahaha. Aku cakap aku dalam kereta tapi aku still dekat rumah lagi. 

Sampai-sampai je terus pergi makan. Lapar woo. Last-last makanan tak habis. Banyak sangat nasi orang tu bagi dekat aku sampai kenyang yang teramat sangat. 

Pergi sana pergi sini ramai yang ingat aku dengan adik angkat aku makwe pakwe padahal adik akak je. Adik aku cakap sebab aku pendek dari dia. Ha? Ok fine. Pendek itu comel ok =P hahaha

Tak boleh bla time kita orang nak bayar makanan dekat counter. Adik aku pergi usya akak counter tu. Aku ingat dia kenal so aku diam je la. Tiba-tiba akak tu cakap 'kau ni. Makwe sebelah ni je' (Lebih kurang macam tu lah). Aku dengar je terus aku gelak then cepat-cepat aku cakap yang dia tu adik aku je. Terkejut akak tu. Aish macam-macam. Mungkin kita orang terlalu rapat kot. Hahaha aku ni anak bongsu mana ada adik. Adik angkat aku, aku dah anggap macam adik aku sendiri lagi-lagi yang paling rapat. Family pun tahu so lagi lah rapat. 

Ni lah dia si budak kecil yang aku maksudkan tadi. Dia taknak ambil gambar but aku ambil senyap-senyap =P (maaf lah ye hahaha)


Time makan pun banyak ketawa le. hahaha apa-apa pun happening with them =)

Then cadang nak tengok wayang. Frozen. OTW nak pergi panggung tiba-tiba rasa malas pula then lepak tempat lain. Then jumpa dengan si panda comel (dynie dalila). Menjerit dia jumpa aku sampai melompat-lompat tanpa kasut. Aku pun terikut-ikut lompat and menjerit hahaha. Rindu sangat katanya hahaha alololo miss u too lah my dear :*

Then jalan nak pergi McD sebab dia orang cakap lapar. Tengok-tengok dia orang tak ada. Rupanya dekat toilet. Nasib baik aku dengan adik aku tak kena tunggu lama. Then dia orang beli makanan sebab lapar, aku dengan adik aku pergi beli ais krim tapi tak jadi sebab perisa semua tak sedap. Then pergi coolblog. Saje je gurau-gurau dengan adik aku pasal belanja birthday aku hari tu (kira macam tuntut lah kan hahaha) dia pun belanja so aku buat tak tahu je lah hahaha

Then pergi dekat padang lepak. Sampai-sampai je pergh ramai nya! Penuh der! Sampai aku kena kecikkan mata cari dia orang. Padahal tepi aku je hahaha 

Then lepak tengok budak training menari

Datang adik kesayangan aku lagi. Nama kami sama. LAILA. Kau ada? Hahaha. Aku Laila Nabila, dia Laila Asyiela. :*



Ambil-ambil gambar dekat padang, then dia orang nak jumpa kawan dia orang so aku jumpa lah member-member aku dekat padang.













Tapi tu lah. Sorang je aku tak jumpa. Zik. Batang hidung dia langsung aku tak nampak. Contact? Malas lah nak kacau dia. Lagipun dia hang dengan member dia. Macam segan lah kan. Lagipun malas nak kacau dia happy-happy dengan member dia. 

Then lepak sekali dengan kawan dia orang. Nizam kot namanya kalau tak silap aku lah. Dengan sorang budak perempuan. Sporting. I like =) but tak sangka pula yang dia satu tempat kerja dengan hemmm. Apa lah yang dia bagitahu sampai aku dengan dia hampir gaduh kot sebab adik aku. Biasalah kes jealous lah. Apa lagi -,-  Dengan adik aku pun nak jealous lain lah kalau dengan kawan. Setakat orang ingat aku dengan adik aku macam makwe pakwe apa ada hal. Aku jalan dengan abang kandung aku ada orang siap kata aku ni bini abang aku -,- Relax je lah. Apa ada hal -,- yang penting masing-masing jaga diri and hati masing-masing ;)

Ini lah mereka =)



Then otw nak pergi dekat kereta nak balik, adik aku merungut lapar pula. Singgah McD tunggu dia beli makan. Then balik.

Dekat McD pun sempat ok hahaha






Bukan main lagi kau hahaha

Then hantar Safirah dekat hotel then baru hantar adik aku, Amira and Farhana. Ambil gambar last dekat dalam kereta. Then masing-masing dah kepenatan. Maklum lah first time balik lambat.





Aku rasa adik aku tertidur dalam kereta. Hahaha kesian dia ye. Dah malam katakan. Siapa yang tak letih and tak mengantuk. Lepas je hantar dia orang semua singgah CC abang aku kejap then pergi pasar malam. Aku pula yang mengantuk hahaha serabai aku -,-

Pergi pasar malam ingat dapat lah beli makanan sebab lapar. Sampai-sampai je ramai yang dah tutup. Eh? Awal lagi kot. Cepat nya habis. Aku jalan-jalan nampak ada laksa. Macam tu je lah yang tinggal kan. Ingat nak beli satu je untuk mak aku tapi orang tu suruh beli dua, aku pun ye kan aje then dapat bi hun sup satu free. Nak habiskan stok lah katakan. Alhamdulillah. Then balik.

Esok? Esok! Esok! Arghhh esok!!!!! 
Ada apa esok? Aku ada kelas memandu le hahaha


Over? Nervous lah sebab tak ada member -,-
Aish memang lah nanti dapat kawan baru tapi tu KALAU dapat. Kalau tak? Aku ni ikut mood juga kalau nak tegur orang.

Aish keseorangan lah aku esok. Dah lah ramai. Apa lah nasib aku. -,-


Harap-harap esok segalanya baik-baik je =) In Shaa Allah. Amin =)

Oraite See U at The Next Entry
19:17

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three