Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Tuesday, 28 January 2014

Assalamualaikum =)

Jawab, jangan tak jawab =D

Ok. Tadi aku terjumpa satu video tentang AURAT dekat satu page di Facebook. Interesting. So, aku dapat idea untuk update new entry hari ni. So, hari ni aku nak kongsi sedikit tentang aurat. Kita banyak lalai tentang aurat. Tak kisah lah sama ada lelaki mahupun perempuan. Walaupun nampak macam remeh tapi itu lah yang akan mengheret kita masuk ke dalam Neraka jika kita tidak peliharanya dengan sebaiknya. Aku juga ada lukis beberapa cara pemakaian sesetengah golongan di antara kita supaya kau orang dapat lihat dan tahu dengan lebih jelas =)  

Ok. Kita mula kan dengan maksud aurat.

AURAT? Apa itu aurat? 

Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan

Dari segi istilah pula, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi. 

Ok. Kita mulakan dengan aurat lelaki.

AURAT LELAKI

Dengan perempuan mahram
Dengan perempuan bukan mahram
Dengan perempuan bukan Islam

Auratnya antara PUSAT 'hingga' LUTUT

Aurat antara sesama lelaki pula macam mana?

Sama juga.


Ok next,

AURAT PEREMPUAN

Dengan mahram lelaki, antara PUSAT 'hingga' LUTUT
Dengan lelaki bukan mahram dan lelaki bukan Islam, SELURUH tubuh badan KECUALI muka dan tapak tangan

Ha ! Dengan sesama perempuan pula macam mana?

Sesetengah ulama mengatakan, seluruh tubuh badannya adalah aurat KECUALI kepala, muka, dada, kedua-dua lengan dan kedua-dua betis. (dihadapan wanita Islam)

So, jangan ingat kita sesama wanita boleh pakai sesuka hati tau ! No No No No !

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi umat Islam. Tujuannya adalah :-

1. Menjaga dan memelihara KEHORMATAN DIRI seseorang
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan ZINA
3. Membezakan antara KEPERIBADIAN orang Islam dengan orang bukan Islam
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat PATUH dan TAAT kepada perintah Allah

Adakah kita tahu sebagai seorang lelaki, seorang ayah, seorang suami, seorang anak dan juga seorang abang akan diheret oleh wanita yang tidak taat kepada suruhan agama ke dalam Neraka di akhirat nanti?

SANGGUPKAH KITA WAHAI KAUM HAWA?

Antara beberapa kesilapan wanita tentang aurat :-

Sesetengah wanita menganggap aurat itu memakai tudung sahaja seperti gambar di bawah



1. Bertudung tetapi memakai baju berlengan pendek
2. Bertudung tetapi memakai baju kurung yang terbelah kainnya
3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis sehingga menampakkan bentuk badan
4. Bertudung tetapi tudungnya tidak menutupi dada dan nipis sehingga menampakkan sanggul, leher dan tengkuk
5. Bertudung tetapi sanggulnya terlampau tinggi
6. Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan

Tapi takpe. Tidak terlewat untuk belajar =)

Ada yang kata, 'nak tutup aurat tapi masih belum sampai seru'

Nasihat daripada keluarga, kawan-kawan itu kira seru lah. Nak seru macam mana lagi? Kan?

INGAT! Mati itu tidak mengenal usia. Takut tak sempat bertaubat nanti.

Ada yang kata, 'takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow slow lah'

Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail nanti, 'tunggu lah kejap, lepak lah dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi' ?

So, JANGAN HIPOKRIT !

MENGAKU SEBAGAI ISLAM, MENGAKU SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T. , MENGAKU SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. , NAMUN SEGALA SURUHAN AGAMA, SEGALA PERINTAH ALLAH S.W.T. , SEGALA PESANAN RASULULLAH, SEMUANYA KITA TAK BUAT.

Ikhlas tak ikhlas itu lain cerita. Yang penting, WAJIB BUAT !

Nak lebih detail? Jom tengok video ini =)


Aku bukan lah perfect mana, but tak salahkan kita kongsi. Bukan untuk berlagak alim atau tunjuk baik. Tapi untuk perubahan diri sendiri dan juga orang lain. Jom kita berubah ke arah yang lebih baik. Mulakan dengan cara pemakaian. =)

Biasa tak dengar ungakapan ini - "Dua gula-gula HACKS dicampakkan ke tanah. Satu masih berbalut dan satu lagi tidak berbalut.Yes! Mestilah orang akan ambil yang masih berbalut sebab yang dah tak berbalut sudah kotor bersalut pasir dan juga debu"

Ini lah perumpamaan biasa bagi membandingkan antara wanita yang menutup aurat dan tidak.

Namun... Tidakkah kita terfikir bahawa adalah berdosanya sekiranya membazir dan membiarkan makanan begitu saja? Bukan kah setiap kotoran itu boleh dicuci?

Mungkin kita boleh kutip gula-gula HACKS yang terdedah dan bersalut pasir dan debu itu lalu membasuhnya dengan air sehingga bersih dan boleh dimakan? Begitu juga dengan wanita-wanita yang 'terdedah' ini.

Mungkin mereka juga menunggu sekiranya ada tangan-tangan yang mulia yang tidak sanggup melihat mereka terus terbiar lalu mengambil mereka, 'membasuh' mereka dengan air 'taubat' sehingga mereka kembali 'berharga'. Renung-renungkan lah... Setiap orang berhak untuk menjadi 'Wanita Solehah'. Allah tengok kita pada hari ini, bukan pada masa lalu.

Ada orang cakap, 'Ala, pakai tudung, tutup sana tutup sini, tapi perangai macam apa je. Baik tak payah pakai tudung. Memalukan!'

Awak, Tudung is Tudung. Attitude is Attitude. Jangan sesekali menyalahkan tudung dan juga cara pemakaiannya jika kelakuannya buruk. At least they're doing his duty as a Muslim. Attitude can be improved =)

Remember that ok =)

Oraite See U at The Next Entry
13:27

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three