Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Wednesday, 1 January 2014



Assalamualaikum =)

Apa khabar semua? Harap anda sihat belaka ye =)
Hmmm 2013 sudah pun berakhir. Selamat datang 2014!
(cepat betul masa berlalu kan?)

So, azam 2013 dah tercapai ke belum? Hehehe harap-harap ada yang tercapai.
Mana yang tak tercapai lagi, berazamlah untuk 2014. In Shaa Allah andai ada rezeki dan izin dari Allah, tercapai lah apa yang di inginkan =)

Tahun baru semestinya segalanya baru
Cerita hidup baru yang mungkin lebih baik dan lebih menarik ceritanya berbanding tahun-tahun sebelumnya
.
Perbaiki segala kesilapan lalu, Berubah ke arah yang lebih baik dan cuba untuk menjadi yang lebih baik.

Masa semakin berlalu. Jangan lah sia-sia kan masa itu dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk merasai kehidupan, bernafas dengan sempurna dan peluang untuk kita perbaiki segala kesilapan yang lalu
.
New Year. Another chance for us to make it right =)

Kepada yang mengenali diri ini, ku susun 10 jari memohon ribuan kemaafan andai diri ini melakukan kesilapan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sesungguhnya aku hanya lah insan yang lemah, manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. 

Sesungguhnya segala kesilapan itu berlaku tanpa dipinta.

Kepada yang ku kenali, ku maafkan segala kesalahanmu dan kesilapanmu sama ada anda sengaja mahupun tidak. 

Buang yang keroh, ambil yang jernih. 

Lupakan perkara yang sudah berlalu. 

Fokus kepada perkara yang bakal tiba.

Tahun baru, Cerita hidup baru. Ku mengharapkan cerita hidupku pada tahun ini, pada kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. In Shaa Allah =)

Budak sekolah mesti semuanya baru kan? Beg baru, kasut baru, alat tulis baru, baju baru. hahaha untung lah. =P

Oh ya! Semalam. 31.12.2013. My mother's birthday. 

Happy Birthday mom! 


Celebrated my mother's birthday. 

Kek coklat yang atas tu dengan muffin ( muffin ke cupcake? ah dua-dua pun boleh lah hahaha) my sister buat dengan Spaghetti
yang Blueberry Cheese Cake aku yang belikan dekat Secret Recipe. 
Nak bagi hadiah duit berapa je tinggal. Nak beli kek (The Whole Cake) tak cukup duit.
So, beli lah one slice for me and one slice for my mom. =)

Fuh penat! Penat kenapa? Baru balik dari shopping barang permainan kanak-kanak untuk Tadika.
Sampai sakit pinggang wo!
First time aku penat and sakit pinggang macam ni. Selalunya sakit kaki je.

Esok dah start kerja. Hopefully segalanya ok. Maklum lah. Bukan senang nak jaga budak-budak ni.
Lain budak lain kerenahnya.

Tengok permainan kanak-kanak tadi. Jealous nya ! >,<
Dulu time aku kecik kecik tak dapat pun main benda benda macam tu.
Dah besar baru dapat main. Itu pun join and teman budak main. Huhuhu =/

Kalau nak ikutkan hati, macam-macam nak beli tapi beli yang penting dulu lah. Budget tak cukup.

Nampak baju tadi. Lawa-lawa! beli 2 helai. 1 helai RM40, 2 helai RM50. Nampak tak permainan dia?
Hahaha baju tu sebenarnya murah je. Biasa lah, orang berniaga mesti nak untung.
Kalau aku pun maybe aku buat macam tu juga.
Beli guna duit aku RM40, lagi RM10 duit my dad and now dalam dompet aku tinggal RM6 je -,-
Kredit tak ada. Memang sebulan lah aku tak topup nanti kecuali ayah/mak aku nak belanja -,-

Nampak budak-budak sekolah balik asrama. Teringat pula time duduk asrama dulu even for a while.
Walaupun sekejap, walaupun sesaat, ia boleh menjadi satu kenangan yang tak akan dilupakan.
Terasa rindu juga nak sekolah hahahaha
Ni lah budak sekarang.

Bila sekolah, nak cuti.
Bila cuti, nak sekolah.

Hahahaha biasa lah tu kan.

Lesen kereta still tak setel lagi. Almost 1 month aku tunggu untuk ambil Ujian Komputer and sampai sekarang still tak dapat ambil ujian. Baran pula saya. Eh aku dah bayar tau ! T_T
Kalau dapat buat hari tu, entah entah sekarang ni aku dah ujian JPJ maybe? Hmmm apa boleh buat =( (sabar je lah yang mampu)

Kepada budak-budak sekolah. Selamat Kembali ke Sekolah! 
Belajar rajin-rajin ye adik-adik sekalian =)

Kepada budak SPM batch 97, jangan leka ya. Study smart, Study hard. 
Smart dulu baru hard hahaha 

Berusaha tangga kejayaan.
Jangan malu-malu, jangan segan-segan belajar. 

Mana yang kenal akak, nak minta tolong boleh je. Don't worry. Expecially Mathematics =)

Do the Best OK ! =)

Actually, aku nak cakap something.
Actually, aku rasa segan bila tengok cara kaum sendiri berpakaian terutama yang bertudung

Baju ketat sampai susah nak bergerak
Seluar/kain ketat sampai susah nak jalan
Baju jarang tapi tak pakai inner sampai nampak bahagian dalam (faham-faham je la -,-)
Kain jarang tapi tak pakai kain dalam sampai nampak kaki
Sanggul pula tinggi melampau-lampau
Baju lengan pendek tapi tak pakai inner atau sarung tangan atau cardigen

Ya Allah. =( 
Nak tegur tak reti. Nanti daripada niat baik tiba-tiba bergaduh mulut pula. Aku tak nak cari musuh.
Hanya mampu berdoa semoga Allah memberi mereka hidayah.
Lagipun yang buat tu semua yang dah besar, yang boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Apa guna Allah beri kita akal kalau kita tak gunakannya dengan sebaiknya kan? 

Aku bukan lah perfect mana tapi tak semestinya tak perfect tak layak nak tegur kesalahan orang lain lagipun tak ada seorang pun dalam dunia ni yang perfect. Kalau nak tunggu perfect baru boleh tegur kesalahan orang lain, maka sikit lah orang yang menegur dan semakin banyaklah orang yang melakukan kesalahan dan semakin banyak juga lah kesalahan yang mereka lakukan.

Golongan wanita di syurga amat sedikit. Majoriti nya di neraka. Berubah lah ke arah yang lebih baik. Berubah secara perlahan-lahan. In Shaa Allah anda pasti boleh. Yakin pada diri sendiri =)

Jangan ingat wanita sahaja mempunyai aurat. Lelaki pun sama. Dari pusat hingga lutut. 
Jangan anggap ia sesuatu yang remeh.
Kadang kala perkara yang remeh itu boleh menarik kita ke api neraka.

Renung-renungkan lah =')


Oraite See U at The Next Entry
19:27

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three