Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Sunday, 12 January 2014

Assalamualaikum =)

Semalam dating dengan Zikrullah. Wah dating kau ! Hahahaha tak ada lah. Sahabat je. Saje jalan-jalan tenangkan fikiran, ambil udara segar, cuci mata, teman dia shopping. Cerewet lah juga dia tapi aku tak kisah pun sebab aku memang suka jalan-jalan kalau tak buat apa-apa. Maklum lah, no money no talk. So, no money just walk hahahaha 

Semalam buat windows shopping. Banyak pula baju lawa-lawa. Sabar je lah -,- Never mind. Tunggu bulan 2 ye hahaha

Sampai-sampai je, tunggu dia dekat McD Dataran Pahlawan. Ingat kan dia dah sampai, rupanya gerak pun belum. So tunggu je lah. Nak jalan-jalan tapi tak tahu nak jalan dekat mana so duduk je lah main game sampai layu mata aku dibuatnya hahaha. Orang lalu lalang tengok je aku yang hampir nak tertidur. Bila dia sampai je, borak-borak kejap lepastu dia bangun pergi beli ayam. Eh2 ! adui -,- Lupa ke? Aku mana makan McD T_T Lagipun aku dah kenyang makan nasi lemak dekat rumah. Never mind lah. Kawan punya pasal makan lah juga walaupun tak habis. 

Then terus teman dia pergi cari baju & seluar. Kaki hampir melecet sebab pakai heels. Eh cop! Terpaksa ok pakai heels sebab flat shoes tapak dah tercabut & lupa nak beli baru. Seliper? No No No. Bukan ke lebih baik berkasut? Hehehe =D

Habis je beli barang, tengok jam, eh2 baru pukul 3 lebih. Aku balik pukul 5. Lama lagi. Apa nak buat ni? So jalan-jalan lah. Round 1 Dataran Pahlawan. Aku ingat kan Zik pernah lalu bahagian atas tempat baru rupanya belum. So, that's the first time for him and the second or third possible for me. Banyak kedai dah ada. Ada kedai Sticky apa benda entah. Jual gula-gula buatan tangan mereka sendiri dan mereka buat depan mata kita sendiri. It smells very yummi. Aku memang suka bau benda-benda manis like gula-gula. Buat aku terasa lapar pula. Beli? Hahaha next time maybe? =D Tapi apa-apa pun, it was very interesting. Satu strategi yang menarik untuk menarik minat dan perhatian orang ramai untuk datang ke kedai tersebut. It's good =)

Then lepak minum dan jalan-jalan dan duduk dekat kerusi, berbual-bual sambil memerhati orang lalu lalang di sekitar kami. Hahahaha. Nampak ramai yang shopping bawa baby. So cute =) The baby yang cute ok hahaha =P Gambar? Hehehe tak ambil satu pun gambar. Rasa malas pula nak ambil gambar. -,- (hahaha tiba-tiba)

Balik je terus pergi Tadika kemas sikit-sikit then balik rumah. Jumpa dua orang minah senget ni hahaha (gurau =P) Amira & Farhana. Merayau lah tu. Hahaha tu lah. Hari tu tak nak datang, bila nak datang aku pula dekat Melaka jalan-jalan. Lepak kejap je. Then dia orang pun balik.

Balik je rumah, tiba-tiba teringat pula pasal Social Media Week. Aku dapat tahu pasal website to pun time tengok #OhMyMalaysia dekat Youtube. Ok. Nak masuk ke tak? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak? Masuk apa? Pertandingan World Bloggers & Social Media Awards. Ah dah masuk dah pun hahaha. Aku ambil The Best Lifestyle Blog category. Menang? Kalau ada rezeki, In Shaa Allah, kalau tak, never mind. Just trying. Lagi pun saja nak mencuba masuk pertandingan. Tak salah kalau mencuba kan? =) Menang atau tak itu semua bergantung pada Allah. =)

Niat mula-mula buat blog just suka-suka je. Layan sebab bosan. Macam layan Facebook, Twitter juga. Bila blogwalking, terjumpa lah macam-macam jenis blog, ada lawa-lawa, ada biasa-biasa, ada maklumat yang boleh diambil dan dikongsi bersama dan lain-lain. Itu yang best. Dapat mengisi masa lapang lagi-lagi maklumat dan cerita yang dikongsi itu menarik & berfaedah =) 

Ok! Thats all maybe for today? Mahu sambung menghias tadika =D 

Assalamualaikum =)

Oraite See U at The Next Entry
18:15

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three