Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Thursday, 20 February 2014

Assalamualaikum =)


Semalam punya story. Pagi pagi lagi dah keluar lepak with my bestie pergi jogging =D
Sejak habis sekolah ni, padang pun dah tak jejak dah. Exercise memang dah sah lah jarang kan.
Jogging je fuh kaki aku sekarang dah sakit. Maklum lah badan dah lama tak exercise. Lari pun berat je rasanya.

Jogging sekejap je. Lepak berborak yang lama hahaha. Then balik rumah dia teman tukar baju then pergi tadika balik. Aku pula nak tukar baju. Cadang nak gerak pergi Politeknik awal sikit.Tapi apakan daya. Terpaksa pergi lambat sebab kena jaga Insyirah. Then tak boleh jadi ni. Kena juga caw. Makin lama makin panas. Nak keluar dia pula hampir nak menangis. Terpaksa lah aku janji dengan dia nak belikan dia ais cream. Baru lah dia tak menangis. 

Pergi Politeknik kejap je. Segan katakan. Panas pula tu. Berpeluh aku dibuatnya. Then balik beli air and ais cream untuk Insyirah. Then terpaksa teman Farhana balik. Muazzim hantar. Balik tadika je tengok Insyirah nyenyak tidur. Tengah hari sikit Fadilah and Faiz datang Tadika pula bagi gambar. Borak punya borak, tak perasan dah pukul 4. Dia orang pun balik.

Bosan punya bosan, aku tengok lah gambar-gambar and video-video yang ada dekat dalam phone aku. Semua video buat aku ketawa XD dan semua gambar buat aku rindu ='/

Oh ya. Maaf ya cik abang, aku bukan 'ustazah' sebab aku tahu aku tak layak untuk digelar sebegitu. Diri aku, Ilmu aku tak cukup sempurna untuk dapat gelaran tu. Tapi tak salah kan if aku nak tegur/nasihat orang? Tak kan lah semua orang yang menegur kesalahan kau, bagi kau nasihat, kau nak panggil dia 'ustazah/ustaz' yang bajet alim, bajet baik, bajet bagus, bajet sempurna? Well, bukan ke Islam itu menyuruh kita untuk saling menasihati antara satu sama lain. So, tanggungjawab aku lah untuk tegur seseorang jika seseorang itu melakukan kesalahan walau sebesar zarah sekali pun. Kan? Nak dengar or tak, nak terima or tak, itu hak kau. Aku harap hati kau tu semakin lembut dan tak keras macam batu supaya boleh terima segala pendapat, nasihat dan teguran daripada orang lain. Well, orang nasihat sebab sayang. Sayang sesama agama. Tak kan aku nak biarkan orang seagama aku melakukan kesalahan kan? Sedangkan ayat kau pun sedang menegur kesalahan orang lain tapi cara kau tak betul. That's why aku tegur kau supaya ayat tu diperbetulkan. Well, tudung is tudung. Attitude is attitude. You can't blame the hijab if her attitude is not good. You also can't blame the way someone wear their clothes if their attitude is not beautiful as what they wear. So, renung-renungkan lah. =)

Oraite See U at The Next Entry
10:54

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three