Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Friday, 30 May 2014

Assalamualaikum =)

Senyum? Itu lah yang sentiasa terukir dibibir aku semenjak hadirnya kembali cinta itu. Cinta yang pernah hadir dan pernah pergi membiarkan hati ini menanggung perit sendiri. Pernah membuat aku tidak kenal lagi apa itu cinta. Pernah membuat perasaan ini berasa kosong. Ia kembali dengan suatu yang baru yang sentiasa mewarnai hari-hari ku dengan cinta itu. Bersama dengannya membuat hidup ini terasa sempurna. 

Aku mulai bersyukur kerana Allah menghadirkan kembali cinta itu antara kami. Perancangan Allah adalah lebih baik dan ku serahkan segalanya kepada-Nya. Mungkin peristiwa lama itu hanya untuk mematangkan dirinya, pemikirannya. Aku terimanya dengan hati yang terbuka penuh rasa cinta. 

Bila ku tahu akan sebab dia ingin kembali, jatuh air mata ini. Apa yang dimimpikannya sewaktu di tanah suci, mungkin ia suatu petunjuk daripada Ilahi. Alhamdulillah, kebahagiaan kini kami miliki. 

Bergaduh? Mungkin tidak dan harapnya tidak. Cemburu? Bagi aku, daripada membuat dia berasa cemburu, mungkin lebih baik buat orang lain cemburu melihat kami dan ianya berhasil hahahaha. Suka? Sayang? Cinta? Rindu? Segalanya ada kerana Allah menghadirkannya

Sebak hati ini bila memandang wajahnya dan memerhatikan segala tingkah lakunya, perbuatannya yang tidak pernah terlintas difikiran ini serta kata-kata yang pernah diucapkannya. Andai saya pergi dulu? 'Tiada yang lain yang sama dengan awak dan tidak akan pernah sama'. Jika ada? 'Jika sama wajahnya, jika sama perangainya, jika segalanya sama, ada satu yang tidak akan pernah sama, hatinya'. Tahukah engkau ketika itu air mata ini bergenang? Tahukah engkau ketika itu hati ini sudah pun menangis? Peringatan Ibunya terhadap dia membuat aku tersenyum lebar sampai ke telinga. 'Jaga elok-elok. Jangan sia-siakan. Jangan buat perangai.' 

Hati manusia sentiasa berubah? Ya. Memang betul. Tapi, jika kita yakin dengannya, yakin dengan perancangan Allah, In Shaa Allah, segala apa yang berlaku adalah yang terbaik. Perbanyakkan doa itu adalah lebih baik daripada banyak berfikir benda yang tidak sepatutnya kan? 

Nikah? Hahaha jauhnya pemikiran adik kesayangan aku sorang ini. Jalinkan ikatan dahulu sebelum sambung belajar kemudian habis belajar baru bersanding? Hahaha seriously, aku dengan dia tak pernah terfikir walaupun sekali. Memang ada fikir, tapi study first, then find a good job, kumpul duit sampai cukup but lebih cukup itu lebih baik dan baru merancang apa yang patut. My little brother ni memang tak sabar nak makan nasi minyak agaknya. Hahaha sabar itu sebahagian daripada Iman.

Siapa kata perangai sama tak boleh bersatu atau senang cakap, ngam? Aku dengan dia seorang yang panas baran tapi ok je hahaha. Marah? Untuk apa aku nak buat dia marah? Dan tak ada sebab untuk aku marah dia sebab bibir ni tak sah kalau tak senyum hari-hari ok. Jujur? Always =) and hopefully dia pun. Setia? Eh haruslah. Kau curang-curang nak kemana? yang satu tu pun belum tentu dapat jaga dengan baik inikan pula nak dua tiga empat bagai. Cerewet? Memang pun hahaha. Tapi, bagi aku there is no problem sebab aku pun cerewet juga actually. Hahahaha. Senang cerita, everything is ok. 

Orang ketiga? Hopefully tak ada, tak akan ada dan tak nak ada. Macam, eh tak malu ke? Punya lah ramai manusia atas muka bumi ni, milik orang juga yang kau terkejar-kejarkan. Yela manusia sekarang tak boleh tengok orang senang, ada je benda yang nak dibuatnya.

Tak lama lagi dah nak sambung belajar. Hopefully everything is ok and everything is under control.

Whatever it is, aku serahkan segalanya kepada Allah sebab aku tahu dan aku yakin perancangan Dia lebih baik dan segala apa yang diaturkan oleh Dia adalah yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya =)

PERBANYAKKAN DOA.

Oraite See U at The Next Entry
13:29

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three