Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Friday, 8 August 2014


‘We Friend Until Jannah’? Are you sure beb?

Macam ni lah. Aku, kawan ramai. Memang ramai. Tapi sahabat… Mesti tertanya-tanya ‘Kenapa tak ada?’ kan? Pelik? For me, tak.  Sebab selama ni aku belajar untuk tidak mempercayai sesiapa sahaja dalam hidup aku. Baik mana pun seseorang itu, pasti ada jahatnya bukan? Kisah lalu aku jadikan pengajaran dan peringatan untuk lebih berhati-hati dengan makhluk yang bergelar ‘Manusia’. Manusia ni bermacam-macam jenis. Ada yang baik di depan, jahat dibelakang. Ada yang baik didepan dan juga dibelakang. Tapi ada juga yang jahat didepan dan dibelakang. Jahat macam mana? Jahat dari segi mengumpat, mengutuk, menghina, menfitnah dan yang seakan waktu dengannya.

Sahabat? Tolong faham apa erti ‘Sahabat’ or ‘Friends until Jannah’.

Sahabat. Seseorang yang tidak akan sesekali membiarkan sahabatnya jatuh keseorangan, tidak akan membiarkan sahabatnya kesunyian atau kesepian, tidak akan mencari kelemahan sahabatnya walau sebesar zarah, tidak akan menghina sahabatnya, tidak akan memburukkan sahabatnya dan yang seakan waktu dengannya.

Sahabat. Seseorang yang akan pimpin tangan sahabatnya menuju ke jalan yang benar. Seseorang yang akan menegur serta menasihati sahabatnya dalam setiap kesalahan yang dilakukan dan bukan dengan mengutuk atau menghina. Sesungguhnya, orang yang menghina itu lebih hina daripada orang yang dihina. Seseorang yang akan sentiasa disisi memberi sokongan, dorongan, pendapat, semangat dan menjadi pendengar setia serta berusaha membantu sahabatnya.

Friendship is not about who you have known the longest. It’s about who walked into your life and said, ‘I’m here for you and prove it’.

Adakah engkau mempunyai ciri-ciri tersebut? Adakah engkau rasa engkau layak untuk dijadikan sebagai seorang ‘Sahabat’? Adakah engkau memerlukan sahabat? Atau, adakah engkau telah kehilangan sahabat? Adakah engkau yang membuatkan dia pergi atau engkau yang tidak mengingini?

Kita ni tak sempurna dan kita hidup bukan untuk memuaskan hati setiap manusia di atas muka bumi ini. Jadi, kemana sahaja kita pergi, tak semua orang suka terhadap kita. Mungkin dari segi kelebihan kita? Atau mungkin ada sesuatu yang tidak kena terhadap kita? Atau mungkin kita melakukan sesuatu yang membuatkan orang tidak suka terhadap kita? It’s depends on them. Itu hak mereka. Siapa mereka benci, siapa mereka tak suka, itu kita tak boleh nak buat apa-apa. Lumrah manusia. Mudah iri hati terhadap manusia yang lain. Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan?

It’s ok to dislike someone or dislike someone for no reason. But, it’s not ok to disrespect, degrade and humiliate that person. You have to know and remember that. So, Take a Note!

Matang? Kematangan tidak boleh diukur berdasarkan umur. Ada budak-budak yang lebih matang daripada orang dewasa dan ada yang dewasa perangai dan pemikiran seperti kanak-kanak.
Orang yang matang tidak akan mengaibkan orang lain atau senang cerita, membuka aib orang lain. Menuduh/menfitnah orang lain sedangkan orang tu tak buat salah/menyakitkan hati seseorang itu. Sungguh ku katakan, tolong jadi matang seperti yang engkau pinta padaku.

‘Cermin diri dulu sebelum cakap’. Tapi, sebelum kau cakap tu, kau cermin diri kau dulu tak? Kita ni tak sempurna, so jangan lah asyik nak cari kesalahan, kekurangan serta keburukan orang lain. Ok friends? ^^
Dosa, pahala, syurga, neraka itu Allah yang tentukan. Bukan kita. Mungkin kita nampak orang tu buat dosa depan kita, tak kan kita nak terus cakap dia tu bergelumang dengan dosa and tempat dia sah sah dekat neraka? Sedangkan kita tak tahu perkara/cerita sebenar. Belakang kita, kita tahu ke dia buat apa? Entah entah pahala yang dia kumpul tanpa kita sedar tu lebih banyak daripada kita. Kita ni, banyak sangat ke pahala sampai nak cari dosa orang lain? So, shhhhhhh. =)

Aib orang, kita jaga. Dekat akhirat, aib kita, Allah jaga =)

Manusia ni memang susah nak berhenti daripada mengutuk/mengumpat/menfitnah/cari kesalahan orang lain. Ada je yang tak puas hati. Senang cerita, tak boleh nak tengok orang lain lebih daripada dia. #Whatever.

Jangan terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap kita. Fikirkan pandangan kita terhadap diri kita sendiri.

Bukan Allah tak tahu remuknya hati. Bukan Allah tak tahu pedihnya diuji. Tapi Allah tahu yang kita mampu hadapi. Sabarlah wahai hati =’)

Mungkin hari ini kita mengata orang buat itu buat ini. Esok lusa mungkin kita yang berada ditempat orang tersebut dan melakukan perkara yang sama. Hidup ni bagaikan roda. Tak selamanya kita berada diatas.

#forall

Oraite See U at The Next Entry
21:49

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three