Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Tuesday, 13 January 2015

Assalamualaikum. =)
Sekian lama tak berkongsi cerita disini kan?
So, aku nak kongsi sedikit. Masa aku main facebook. Dah lama tak on katakan. Then, terjumpa statement ni. Biasa lah. Sekarang heboh dengan kes tentang Kpop itu, ini. Tapi bagi aku, statement ni bukan just for benda tu sahaja tapi, untuk semua segi. Yela. Sekarang ni, bila orang nampak orang lain buat silap je, bukan nak nasihat dengan cari yang baik. Dihentam, dikeji, dihina. Aku setuju dengan orang yang memberi kata-kata dibawah ni. (Selamat membaca)
~"Macam ni ke caranya Islam mendidik kita untuk ajak orang lain lebih dekat dengan agama? Dengan kata keji-kejian? Dengan seburuk-buruk hentaman? Lidah ni lagi tajam tau dari pedang.
Semua orang dalam dunia ni, tak pernah terlepas daripada buat silap dan termasuk diri kita sendiri. Mungkin itu silap dia sampai dah tak boleh nak kawal diri dia sendiri. Tapi anda, yang iman masih tebal ni dan mungkin ada peluang belajar agama, adakah selayaknya kita nak keluarkan kata-kata yang menyebabkan orang rasa menyampah dengan agama?
Bayangkan, kalau ada orang cakap macam ni : "orang macam ni lah, yang tak ada langsung maruah" "perempuan macam ni, tak boleh buat isteri" "lebih baik matilah daripada memalukan islam" "betina kurang iman, macam ni lah". Agak-2 , kalau diorang baca statement macam ni, ingat diorang lagi suka ke dengan agama? Macam mana kalau dengan sebab kata-kata yang keluar dari mulut kita, buat diorang lagi tertekan dan nauzubillah, keluar dari Islam? Jangan jadi punca orang lari dari agama.
Nabi ajar kita membenci perkara yang haram dan yang bertentangan dengan agama. Nabi juga ajar, untuk memaafkan orang, untuk tak mengeji orang, untuk bagi peluang dekat orang.
Mungkin sekarang kita boleh cakap, orang tu teruk, orang ni teruk. Pendek kata, semua yang kita tak buat dan kita nampak apa yang orang buat, semuanya teruk. Tapi, jangan lupa. Allah akan uji untuk apa yang pernah kau cakapkan dekat orang dan kau tahu ke ujian apa yang Allah akan bagi kat kau nanti? Mungkin masa tu kita lagi teruk daripada apa yang kita cakap. nauzubillah.
Cara yang paling murni dan indah adalah, first sekali bila kita nampak kemungkaran depan mata, 
1. Minta dijauhkan oleh Allah "Nauzubillah" (Jauhkan aku daripadanya Ya Allah) 

2. Menyeru mereka supaya bertaubat kerana Allah menerima taubat untuk hamba-Nya yang berdosa 3. Berhenti, untuk mengata atau mengeji pelaku dan menyebarkan keburukan mereka kepada khalayak.
Agama itu peluang.
Hati-hati dalam berbicara. Kerana mulut, iman binasa.



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Az-Zumar ayat 53)
wallahu'alam."~

So, pendapat kau orang? Renung-renungkan lah =)

Oraite See U at The Next Entry
22:05

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three