Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Monday, 16 February 2015

Assalamualaikum


Kahwin? Perkahwinan?
Bila cakap pasal nak berkahwin ni, yes. Macam-macam orang tanya dan cakap itu dan ini.
For example, kawan. 'Wah, dah nak kahwin dah kawan aku ni. Jangan lupa jemput!' 'Aku macam terbau nasi minyak lah.' 'Aku tahu, aku nak meja VVVIP' 'Aku nak jadi pengapit!' And so on. But, kalau family pula, mesti kebanyakkannya suruh fikir masak-masak, dah betul-betul ready ke and lain-lain. Yes. Perkahwinan bukan suatu perkara yang boleh dibawa main. Ala. Main kahwin-kahwin masa kecil-kecil dulu tu lain cerita lah. This is the real one. Kalau boleh, semua orang nak kahwin sekali seumur hidup. Tak nak bercerai berai ni. Have happy family. kedua-dua family restu, setuju, happy dengan ahli baru. Yela. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing as a husband & wife.

Like you all know yang perkahwinan ni suatu ibadah. Dan ianya menghalalkan hubungan antara lelaki dan juga perempuan. So pendek kata, untuk elakkan zina. Tapi, sekarang ni, bab kahwin adalah jadi perkara pertama yang buat lelaki rasa takut. Bukan takut nak jumpa family ke apa. Takut kena hantaran melambung-lambung. Nak mewah-mewah. Yes! Aku mengaku sebab aku perempuan. Bohong lah kalau aku takde rasa sedikit pun nak majlis perkahwinan aku mewah. Orang kata, perfect! Tapi, cuba fikir balik. Kita buat majlis hanya sekadar untuk menghebohkan perkahwinan supaya dapat elak daripada berlakunya fitnah sebab yela orang tak tahu kita dah kahwin. Simple simple sudah. Ikut kemampuan masing-masing. Yela. Orang kalau ada duit lebih kalau boleh nak buat juga grend2 kan. Tapi, better duit tu safe for preparation bila ada anak nanti. Kalau tak ada anak? Anak tu kan rezeki masing-masing. =) 

Cakap pasal ready. Yes. I'm ready for being wife. I'm ready for pregnant. But, am I ready for being a mother? Itu lah perkara yang paling aku risau sangat. Bukan tak ready nak jaga anak. Tapi, yela. As a mother, as a parents, mesti nak the best untuk anak-anak. Nak anak yang baik, sempurna, soleh solehah, jujur and so on. Kita yang ada pengalaman jadi seorang anak ni pun, kita tahu apa yang berkemungkinan akan jadi nanti. Tipu mak ayah, buat diorang menangis, tak dengar cakap, melawan kata dan lain-lain. Bila fikir balik, am I ready untuk didik anak-anak aku supaya tak jadi macam aku suatu ketika dulu dan mungkin sekarang? Anak tu kan rezeki, amanah dari Allah. Risau itu memang akan ada.

Cakap pasal anak. Alangkah indahnya kalau dapat anak kembar terutama sekali kembar sepasang yang comel dan tiada masalah. Jealous ok bila pergi mana-mana nampak sepasang suami isteri berdua sambil mendukung anak dia yang masih kecil, masih bayi. So cute! Yela. Orang kata nak dapat anak kembar ni susah. Rezeki masing-masing.

Kadang-kadang, fikir pasal kahwin ni pun kusut kepala juga padahal simpel je. Cukup rukun nikah, akad nikah, dah. Tapi, yela. Pemikiran orang sekarang. Selagi no money, no come & talk. Ada duit, jalan. Sekarang ni pula, ramai yang kahwin awal. Kahwin muda. Then, orang mula lah cakap 'ada benda lah tu' 'gatal je' and so on. Bagi aku, orang nak mengata apa pun, apa kita mampu buat? Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kahwin awal, kahwin lambat, rezeki masing-masing. Ada orang siap buat list or preparation lagi. 'Ok. lepas SPM, sambung diploma. Then, kerja sekejap. Kumpul duit, kahwin. Ada rezeki, sambung degree' Ada orang pula 'Lepas SPM, cari kerja, kumpul duit. Nak buat apa-apa nanti senang ada duit sendiri. Kahwin ke apa ke' Ada orang 'Lepas SPM, sambung diploma, degree, master, phd. Baru kerja cari duit.' Kadang-kadang, lelaki pun takut nak kahwin dengan perempuan yang berkelulusan tinggi ni. Takut hantaran melebih pula. Tapi ada juga yang beranggapan 'ala, perempuan belajar tinggi-tinggi pun, kahwin nanti duduk dapur juga' Ehem terasa mak, nak. Hahaha, Yes. Betul tu. Tapi, itu lah yang membezakan dapur mereka, bijaknya mereka memasak, bijaknya mereka melayan suami and so on. Boleh juga tolong suami cari duit lebih nanti kan? Macam, buka business sendiri? See? XP

Aku? Hemmm kalau aku, kalau boleh 25 tahun dah kahwin or baru nak kahwin. 26 tu ok lah boleh terima lagi. Tapi, 27 and above terasa macam dah tua sangat pula. Eh, this is mine. Lain orang lain anggapan, lain cara, lain kemahuan. So, tak boleh disamakan atau dibezakan dan juga dibandingkan ok =)


Oraite See U at The Next Entry
22:39

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three