Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Monday, 23 February 2015

Assalamualaikum. 
Ok. Pagi pagi lagi dah tercangguk macam tunggul dekat library. Kebosanan. Kelas pukul 12, pergi campus 7.45 sebab si dia ada kelas pukul 8.30. Cadangnya nak buat nota sikit tapi malas pula. Relax macam tak ada kerja je padahal exercise tak buat lagi. English essay pun tak start buat lagi. Aigo. Tapi, itu bukan motif aku untuk entry kali ni. 

AURAT?


Ok. Macam ni. Tengah bosan bosan, aku pun buka lah Facebook. Then, I saw one video yang ingin memperingatkan wanita tentang pemakaian mereka. Ok. Opening dia bagi aku, ok. 

'Setiap umatku (boleh) diampunkan, kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya)...'
'Ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah menutup keaiban dosa itu. Namun, tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata, ''Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini...'' maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.'
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

'Tahukah anda, terdapat dosa yang selalu kita dedahkan setiap masa dan ianya berlaku dimana-mana sahaja? Persoalannya adalah, adakah anda sedar ataupun tidak?'

Ok lah. Then, dia suruh kita lihat balik Facebook kita, profile picture, album-album kita, gambar-gambar kita semua. Then, aku pun baca lah comment-comment dekat video tu. Biasa lah. Bermacam pendapat orang bagi, ada yang tak puas hati sebab tuju pada perempuan sahaja, lelaki tak and so on. Scroll punya Scroll, terbaca satu comment ni dari seorang lelaki, 'Aurat lelaki tidak menimbulkan nafsu kepada kaum wanita tetapi semua aurat wanita boleh mendatangkan nafsu berahi kepada kaum lelaki. Fikir-fikirkan.' Ok........ Then, biasa lah. Ada yang membalas. But, aku paling suka pembalas comment kepada comment tadi dan ianya lelaki. 'Betul, aurat wanita mudah menaikkan nafsu lelaki tetapi, kenyataan bahawa aurat lelaki tidak menaikkan nafsu wanita itu rasanya kurang tepat. Wanita juga manusia biasa seperti lelaki. So, macam lelaki juga, wanita ada macam-macam preference, ada yang minat yang badan sado, badan biasa biasa, cekeding cekeding. So, macam perempuan juga, lelaki pun kena jaga aurat mereka. Tak susah pun. Dari atas pusat ke bawah lutut je. Jangan pakai ketat-ketat, baik lelaki mahupun perempuan.' Kau orang macam mana? Setuju?

Dalam banyak-banyak comment, tak ada lah semua aku nak baca kan? Jenuh aku nak membaca satu satu comment. Satu hari pun tak habis. Dan terima kasih lah kepada yang comment seperti ini, 'Kepada lelaki, kami yang perempuan ni tak tahu pun pakai baju kurung boleh buat sesetengah lelaki berahi. Kami kira dah tutup aurat pun, tetapi lelaki still berahi. Ramai tengok mata perempuan berniqab pun boleh berahi macam kisah pemuda zaman Nabi. Nafsu bukan setakat berahi je. Kalau terdetik dalam hati ''SubhanAllah, cantik juga dia ni'', haaaa dari mata tu lah lelaki mula fikir melalut lalut. Lelaki alim if tengok bayang tudung labuh perempuan ditiup angin pun hati mereka boleh terasa nak tengok perempuan tu. Tak timbul nafsu tayang peha? Dah tu buat apa Allah suruh tutup peha? Tengok lah awek awek melayu sibuk usya lelaki nak badan ketol ketol juga. So, itu bukan nafsu bagi kami? Tahu tak, perempuan non-muslim suka tengok peha lelaki? Sado tak, keras tak. Bagi mereka, peha keras tu seksi macam pemain besbol. So, tutup lah aurat. Haram tetap haram. Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Wallahu'alam.'

Tapi, yela. Tengah sibuk sibuk comment itu dan ini mengenai aurat masing-masing, Alhamdulillah. Ada seorang hamba Allah ni, berpendapat seperti apa yang aku rasa. Boleh nak buat video or apa-apa je untuk berdakwah, menegur, menasihat, mengingatkan orang lain, akan tetapi, mengapa contoh-contoh tersebut perlu melibatkan mereka yang melakukannya? Means, kita tengah cakap pasal aurat perempuan. Then, dalam video tunjuk gambar beberapa orang perempuan yang memakai pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya. Aku rasa tak perlu lah nak buka aib orang dengan gambar-gambar tersebut. Banyak lagi cara yang boleh buat. Lukis cartoon ke apa ke sebagai contoh macam yang aku post dekat atas tadi untuk menggantikan benda tu. Letak gambar-gambar mereka ada minta izin ke? Pernah fikir perasaan meraka bila gambar mereka diambil tanpa izin dan disebarkan sebegitu? Ya, memang mereka melakukan kesalahan, tetapi bukan ke sepatutnya kalau nak menegur itu biar private? Ini dah kira memalukan orang, buka aib orang. Bagi satu dunia tengok. Untuk apa? Nak tarik perhatian orang tengok? Nak tambah lagi dosa ke? Bukan setakat aurat sahaja perlu dijaga. Segalanya perlu dijaga. Baik lelaki or perempuan. Cuba anda di posisi mereka? Apa perasaan anda bila gambar-gambar anda diambil untuk disebarkan dengan cara tersebut? Maaf, tujuannya saya setuju sebab nak memperingatkan tetapi caranya salah. Islam itu mudah. Tak perlu sampai membuka aib orang lain. Before this pun, aku ada update tentang aurat lelaki dan perempuan. Siap gambar dan video lagi. But, its ok. Aku tunjukkan lagi video tu. Sila lah tonton ye. =)


Ingat ye. Bukan lelaki sahaja, perempuan juga ada nafsu.
Ingat ye. Bukan perempuan sahaja, lelaki juga ada auratnya.
Renung-renungkan =)



Oraite See U at The Next Entry
10:34

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three