Follow Dashboard ★GirlsWhoLikeToTalk

The Owner of The Blog!

GirlsWithThoughts
My name's Laila Nabila. People call me Laila. Will be 21 this year. 12 Sept!!! Diploma in Accountancy.
Love: Multimedia, Art, Music, Photography, Editing (photos/videos), Blogging, Drawing, Cooking, Shopping, Make Up, Food, Money!!!
Love being crazy and act like a kids. Cause kids doesn't think about problem! Maybe?
Hate: Fake Friends, Judgemental, Bugs, Haters.
Follow Me!
Music

Chill, Relax. Just Listen to The Music while Reading My Entries ;)

Pardon My Words
Sunday, 31 January 2016

Assalamualaikum. Hai Hai U alls. Agak lama juga lah kan tak update blog ni. Tak ada cerita atau pendapat yang nak dikongsikan. But, kali ini terdetik dihati ini untuk update blog selepas baca satu tweet daripada seorang Jejaka yang tidak dikenali. Tapi ya, aku setuju sangat-sangat apa yang ingin disampaikannya.

Ya, benda ni sebenarnya tak tuju pada sesiapa pun cuma siapa yang "Termakan cili pasti akan terasa pedasnya". Betul tak? Bukan apa. Cuma, aku perasan dimana semakin ramai yang tak mampu nak berfikir tentang benda ni dengan cara yang kearah lebih positif. Yes, aku juga adalah salah seorang daripada yang termakan cili tersebut tapi aku dipihak yang dianiaya. Dan mungkin aku juga diantara kalangan mereka cuma mungkin tak sedar. Manusia. Jujur aku katakan bahawa tiada sesiapa pun yang sempurna. Semua pernah lakukan dosa, lakukan kesalahan. Kita manusia, bukan Malaikat.

Aku ada ramai kawan. Aku kawan dengan semua orang. Dan jujur aku katakan, aku pernah ada kawan baik. Ala bohonglah kalau korang tak ada kan. Dan jujur juga aku katakan yang aku dah tak ada kawan baik. Kadang-kadang, kau akan rasa rindu pada memori-memori kau yang dulu. Gelak tawa, lawak bodoh, otak gila-gila, habiskan masa semuanya dengan kawan-kawan rapat kau. Ya, jujur aku cakap, aku rindu. Tapi, aku bukan rindu mereka. Aku cuma rindu kenangan lama. Semuanya berubah hanya dengan kata-kata. Sebab tu wujudnya kata-kata dimana 'Lidah ni setajam pisau'. Kau boleh lukakan hati seseorang hanya dengan kata-kata. So, berhati-hati lah bila berkata-kata. Bagi aku, aku tak nak bergaduh dengan orang-orang yang pernah buat aku ketawa terbahak-bahak dulu. Tapi, disudut hati aku yang dalam gila ni, jujur juga aku katakan yang sebenarnya dalam senyum gelak tawa aku, aku memendam satu perasaan iaitu kecewa. Kecewa bila dapat tahu apa yang mereka lakukan dan katakan dibelakang aku. Paling kecewa bila aku dikhianati depan-depan. Sangat sangat kecewa. Teramat kecewa.

Betul, memang betul. Manusia ni memang mudah untuk memaafkan dengan kata-kata tapi tidak dengan hati dimana memaafkan dan juga melupakan. Kata-kata kau menusuk terus dalam hati aku. Sakit wei sakit. Lagi sakit bila orang tu adalah orang yang paling rapat dengan kau, setia dengar masalah kau selama ini, tolong kau itu ini, layan kerenah kau apa semua. Memang jujur gila aku cakap yang aku memang tak sangka langsung yang kau akan cakap macam tu. Ya, benda memang dah lama berlalu dan aku pun dah cuba lupakan. Ya, dan kau dah pun minta maaf dan ya, aku juga tahu yang orang yang paksa kau minta maaf. Tapi, mungkin Allah nak tunjukkan perkara sebenar yang aku nantikan selama ini. Dan 'pup!'. Bukti terang-terang muncul depan mata aku. 

Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, apa salah aku pada semua orang? Siapa aku dimata mereka? Kalau semua ni timbul sebab aku bercinta, kenapa yang lain korang boleh terima? Kenapa tidak aku? 

Apa yang aku perasan, ramai yang berenggang dengan kawan baik hanya disebabkan salah sorang daripada mereka mula bercinta. Bagi pendapat aku lah, kau sebagai kawan sepatutnya kau tak boleh halang kawan kau tu bercinta. Sedangkan kita hidup ni pun berpasang-pasangan. Dan kau juga sendiri nak kan pasangan.Tapi, kau kutuk, hina orang yang berpasangan? Orang macam ni aku gelarkan sebagai golongan yang iri hati. 

Cara kau menggunakan istilah Sahabat tu bagi aku salah. Sorry to say. But, that is the fact. Kalau kau seorang sahabat, seorang kawan yang baik, dan mungkin kau rasa kau tu baik, sepatutnya kau nasihat, kau tegur dengan cara yang baik, bimbing sahabat kau kearah yang lebih baik. Bukan dengan buang orang tu, kau kutuk, hina, caci maki orang tu seolah macam jijik sangat sebab orang tu lakukan sesuatu dosa. Benda ni kau tak rasa, kau tak lalui, tapi orang tu. Sakit, perit. Ya, mungkin kau lelaki. Tapi kau boleh rasakannya dengan membayangkan adik gadismu, kakakmu, mahupun kekasih perempuanmu yang kena macam mana kau buat pada orang tu. Sakit hati? Marah? Bengang? Itu baru bayangkan. Belum lagi kau berada ditempat orang tu.

It had happend. It is the past. Just please, Jangan berlagak macam kau jalan terapung, berkepak, muka bercahaya (faham-faham je la maksud aku). Ambil gambar pun kau edit. You will never know how painful it is to not be accepted by your own people. To listen every single words (Jijik, Kotor, Hina, Gedik, Show off dan lain-lain). Kau mungkin tak sedar atau tak akan sedar bahawa kau telah menjatuhkan semangat seseorang untuk berubah.

Kadang-kadang benda ni buat aku rasa malas nak keluar. Malas nak berhadapan dengan orang-orang macam ni. Setiap kali berjalan, bila terserempak, kau pandang-pandang, mengata mengumpat, ketawa-ketawa, jeling-jeling. Do you think that I'm stupid? Tak tahu yang sebenarnya kau tengah mengata, mengumpat, mengutuk aku? Aku tahu tapi aku diam dan saja pura-pura tak nampak apa-apa dan cakap pada diri sendiri ''Jangan risau. Semua orang sayang kau." Hanya untuk bagi aku semangat untuk hadap semua ni sebab aku tahu aku tak boleh nak elak dan tak boleh nak tutup mulut mereka. Semakin lama aku semakin lali dengan perangai masing-masing sampai satu tahap aku cakap pada diri sendiri "Sokey. Mulut diorang hak diorang''. 

Aku selalu gunakan ayat ni dalam hidup aku.
"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
"Kalau kita tak suka orang buat benda yang kita tak suka, jangan sesekali buat benda yang orang tak suka and that is called RESPECT!"

Cakap pasal respect ni, Ya kau boleh tak suka pada orang sebab bagi aku it is a normal thing but jangan sampai kau hilang respect pada orang. 

Kadang-kadang aku pelik juga, aku punya lah respect orang tapi segelintir je respect aku? Ya memang aku tak mengharapkan balasan baik tapi aku tak layak ke untuk di respect? Sedangkan kau tahu perasaan bila tak di respect. Barang orang, hak orang bukan kau. Dia beli untuk kegunaan dia dan bukan kau. Kau nak, kau minta. Bukan suka-suka je kau ambil dan pakai dan kau simpan macam barang kau. What is that? Orang tidur, kau senyap-senyap buka beg orang dan ambil duit orang. Kau fikir susah kau tak ada duit. Pernah tak kau fikir susah orang tu? Aku bukan minta simpati tapi jujur aku memang tak sangka yang kau tak pernah ada perasaan simpati atau serba salah terhadap orang. Bila barang kau hilang dicuri orang, kau mengamuk tak tentu pasal. Kau tahu perasaan tu. Tapi, kau tak pernah tahu perasaan orang lain. Mungkin kau tahu tapi kau malas nak ambil tahu.

Cuba korang bayangkan, korang bangun daripada tidur, mandi dan solat dan kau pun bersiap nak pergi makan. RM100 bagi kau kalau makan roti canai sekeping je itu sangat kejam buat peniaga tu so kau pun order lah makanan berat sikit. Dan boleh tak kau bayangkan bila kau nak bayar, kau cari duit dalam dompet kau dah tak ada? Can you imagine that? And that money is the only duit belanja kau yang tinggal. Kau nak buat apa masa tu? Basuh pinggan? Hutang? Kau fikir lah sendiri. 

Act, memang aku malas nak fikir lagi benda-benda ni tapi sakit hati tu yang teramat sangat. Sampai si dia pun dah tak tahu nak cakap apa bila tengok aku menangis teresak-esak. Bukan lemah cuma dah penat. So, kau akan lebih memilih untuk diam, pendam, dan buat hal kau sendiri je tanpa bergaul dengan orang lain.

Kalau terasa yang cara layanan aku ni berubah, first don't blame me. Ask yourself. Do you did something wrong? If not, ask me why. Simple. Sebab kita tak boleh nak baca hati orang. Right?

If there are no good people in this world, be the one.

Oraite See U at The Next Entry
20:40

? ?
Hey!

Laila in the house!
16 February 2017


Peeps!

AmazingCounters.com



Layout by 16thday
Resources One Two Three